SKMM terbit kod tatalaku untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet, media sosial
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Jumaat menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.
SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan kod tatalaku itu dibangunkan untuk menyokong kerangka kelesenan untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial.
Kod tatalaku itu menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan dalam menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan dan keperluan tatalaku yang lain.
Menurut kenyataan itu, penerbitannya juga bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan mengutamakan keselamatan dalam talian terutama untuk kanak-kanak dan golongan rentan.
SKMM akan memberikan panduan dalam penerapan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini untuk memastikan keberkesanannya bagi mengekalkan persekitaran dalam talian yang selamat.
Menurut SKMM, kod tatalaku berkenaan juga akan disemak dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan dalam menangani cabaran semasa.
Maklumat lanjut dan akses kepada Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) boleh diperoleh di https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/Resources/MCMC CO de-of-Conduct-Best-Practice-for-Service-Providers.pdf.
SKMM turut menghargai maklum balas yang diterima sepanjang proses rundingan awam berkenaan.
Maklum balas pihak awam membantu memastikan kod tatalaku itu mampu menangani cabaran yang sentiasa berkembang dalam persekitaran dalam talian sambil mewujudkan ruang lebih selamat serta terjamin untuk semua rakyat Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!