Lebih satu juta pelancong India tiba di Malaysia, lakar rekod baharu

Malaysia menyaksikan peningkatan ketara ketibaan pelancong dari India tahun ini susulan pengenalan kemasukan visa percuma pada Disember 2023. Gambar hiasan - Foto Bernama
Malaysia menyaksikan peningkatan ketara ketibaan pelancong dari India tahun ini susulan pengenalan kemasukan visa percuma pada Disember 2023. Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

NEW DELHI - Tourism Malaysia memberi penghargaan kepada pemain industri pelancongan India atas peranan mereka dalam mempromosikan Malaysia, menyaksikan lebih sejuta pelancong India berkunjung ke negara ini yang melakarkan rekod baharu.

Malaysia kini benar-benar diiktiraf sebagai destinasi utama bagi pelancong India yang melancong ke luar negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa.

"Lebih sejuta pelancong India memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka tahun ini. Ini mencerminkan kepercayaan, semangat dan kerjasama antara Tourism Malaysia dan industri pelancongan India," kata Muzafar pada majlis anjuran Tourism Malaysia pada malam Khamis bagi memberi penghargaan kepada pengendali pelancongan dan syarikat penerbangan.

Malaysia menyaksikan peningkatan ketara ketibaan pelancong dari India tahun ini susulan pengenalan kemasukan visa percuma pada Disember 2023.

Tahun lalu, Malaysia menerima sejumlah 671,846 pelawat dari India, dengan angka itu melebihi satu juta antara Januari hingga November tahun ini.

Malaysia menyasarkan jumlah yang lebih besar dari India apabila ia melancarkan aktiviti promosi pelancongan tahun depan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Permintaan perjalanan antara India dan Malaysia terus meningkat dengan sokongan perkhidmatan udara yang kukuh, menurut Pengarah Tourism Malaysia di New Delhi Ahmad Johanif Mohd Ali.

"Sasaran kami untuk 2025 adalah sekurang-kurangnya 1.1 juta ketibaan dari India," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malaysia Airlines, Batik Air, IndiGo, AirAsia dan Air India mengendalikan 248 penerbangan mingguan antara India dan Malaysia, menawarkan kira-kira 47,000 tempat duduk. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!