Kerajaan perlu bantu pemaju perumahan Bumiputera

Kerajaan dimohon agar memberikan sokongan lebih kepada pemaju perumahan Bumiputera berikutan penglibatan mereka yang didakwa terlalu sedikit akibat syarat terlalu ketat terutama dalam proses kelulusan dan pematuhan peraturan ditetapkan. Gambar hiasan
Kerajaan dimohon agar memberikan sokongan lebih kepada pemaju perumahan Bumiputera berikutan penglibatan mereka yang didakwa terlalu sedikit akibat syarat terlalu ketat terutama dalam proses kelulusan dan pematuhan peraturan ditetapkan. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan dimohon agar memberikan sokongan lebih kepada pemaju perumahan Bumiputera berikutan penglibatan mereka yang didakwa terlalu sedikit akibat syarat terlalu ketat terutama dalam proses kelulusan dan pematuhan peraturan ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Anak Beserah, Datuk Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad berkata, beliau turut mencadangkan pengecualian kepada pemaju Bumiputera seperti memberi diskaun kos geran individu dan kos deposit Akaun Pemajuan Perumahan (HDA).

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menggalakkan pemaju berkenaan berkecimpung dalam sektor itu dengan memberi geran bantuan atau jaminan bank bagi membeli barang-barang pembinaan dengan mudah.

"Kerajaan boleh melantik Mara (Majlis Amanah Rakyat) atau MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) bagi membantu pemaju Bumiputera yang semakin pupus penglibatannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nazrul Izad yang merupakan Pengerusi Eksekutif NNA Landdan Construction Sdn Bhd berkata, Persatuan Pemaju Perumahan Bumiputera Malaysia akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

"Pemaju Bumiputera perlu mempunyai 'suara' dan (penubuhan persatuan) dapat memudahkan penglibatan mereka dalam sektor perumahan," katanya.

Sebelum itu, Mohd Nazrul Izad memaklumkan sektor pemajuan perumahan di Malaysia kini didominasi oleh pemaju bukan Bumiputera.

Menurutnya, Akta 118 Perumahan menetapkan bahawa pemaju yang membina dan menjual lebih daripada empat unit rumah perlu mendapatkan lesen pemaju serta permit iklan jualan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selain itu, pemaju wajib membuka Akaun Pemajuan Perumahan dengan simpanan minimum sebanyak tiga peratus daripada kos projek.

“Pemaju juga perlu mendapatkan geran individu bagi setiap lot yang akan dibina dan dijual sebelum memohon permit jualan.

"Proses ini melibatkan kos yang tinggi, terutama sekali untuk projek rumah mampu milik,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!