'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat

Mohamad ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan E-Sport (MLBB) Piala Tok Mat.
Mohamad ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan E-Sport (MLBB) Piala Tok Mat.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Beliau berkata, kompaun tersebut dibayar sehari selepas menerima notis daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban.

"Saya dah bayar sehari selepas terima notis itu. Alhamdulillah...," katanya ringkas.

Gambar tular yang memaparkan seorang individu dipercayai Tok Mat merokok di sebuah restoran sebelum ini.
Gambar tular yang memaparkan seorang individu dipercayai Tok Mat merokok di sebuah restoran sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Pertandingan E-Sport(MLBB) Piala Tok Mat di sini pada Sabtu.

Sebelum ini tular gambar Timbalan Presiden UMNO itu memegang sebatang rokok ketika duduk bersama sekumpulan lelaki di premis awam dipercayai sebuah restoran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kemudiannya menerusi platform media sosial X berkata, Mohamad sendiri meminta supaya dikompaun susulan gambarnya tular.

Katanya lagi, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Mohamad sebelum itu turut dilaporkan memohon maaf atas kesilapannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!