Anwar akan bertemu Prabowo, Thaksin bincang isu serantau, ASEAN

Anwar menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya, pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan dua tokoh penting iaitu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dalam masa terdekat.

Menurutnya, perjumpaan dengan Prabowo akan diadakan di Langkawi pada 23 Disember ini untuk membincangkan beberapa perkara dua hala dan berkaitan mesyuarat ASEAN.

"Pertemuan dengan Thaksin yang juga penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan pula akan berlangsung pada 26 Disember ini.

"Saya akan berjumpa dengannya dan berbincang tentang peranannya secara teliti kerana beliau mempunyai kekuatan daripada segi hubungan baiknya dengan beberapa pemimpin ASEAN dan pengalamannya yang luas," katanya semasa sidang akhbar yang diadakan di Dorsett Grand Subang, di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!