Pencen SSPA diselaras ikut gaji akhir pesara

Anwar menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya, pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.

"Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa 1 Disember 2024 turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

"Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026," katanya semasa sidang akhbar yang diadakan di Dorsett Grand Subang, di sini pada Sabtu.

Tambah Anwar, langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan tersebut menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup.

Jelasnya, ia sekali gus bukti keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep ihsan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!