Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 4 petang

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor sehingga jam 4 petang ini. Gambar hiasan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor sehingga jam 4 petang ini.

Di Perak, kawasan terlibat meliputi Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, diikuti Kelantan (Pasir Putih), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) dan Pahang (Rompin).

Amaran sama turut melibatkan Kelantan (Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus), Pahang (Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), serta Johor di Mersing. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!