PM tidak setuju Fahmi Reza ditangkap
SUBANG JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju sekiranya aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditangkap atau didakwa.
Menurutnya, beliau tidak percaya setiap kritikan terhadap kerajaan perlu disiasat.
“Saya tidak setuju,” katanya semasa sidang akhbar yang diadakan di Dorsett Grand Subang, di sini pada Sabtu.
Polis telah merekod keterangan Fahmi pada Khamis untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!