Galeri Seni BNM anjur pameran ‘Jiwa Membumi’

Abdul Rasheed (kanan) mendengar penjelasan mengenai karya yang dipamerkan pada Pameran Seni 'Jiwa Membum' di Muzium dan Galeri Seni BNM pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Abdul Rasheed (kanan) mendengar penjelasan mengenai karya yang dipamerkan pada Pameran Seni 'Jiwa Membum' di Muzium dan Galeri Seni BNM pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) menganjurkan pameran seni ‘Jiwa Membumi’ bertemakan eksplorasi mendalam terhadap tradisi dan warisan budaya rakyat Malaysia.

Pameran percuma yang berlangsung mulai 20 Disember sehingga 25 Februari 2025 di Galeri Seni BNM bertujuan untuk meraikan kekayaan seni dan budaya tanah air.

Kurator Muzium dan Galeri Seni BNM, Siti Melorinda Khuzaina Sakdudin berkata ‘Jiwa Membumi menonjolkan hubungan harmoni antara alam semula jadi, budaya, dan kehidupan desa yang sederhana.

Siti Melorinda
Siti Melorinda

Menurutnya, melalui medium seni seperti gambar, lukisan, arca, video, dan instalasi, pameran ini membawa pengunjung mendalami kesan budaya tradisional terhadap kemodenan Malaysia hari ini.

“Pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan suasana langit malam yang memukau, surau kampung, papan tanda ejaan lama, serta pesona desa yang kekal indah walau dimamah zaman,” katanya pada pelancaran Jiwa Membumi di BNM MAG pada Jumaat.

Pelancaran pameran seni berkenaan dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Artikel Berkaitan:

Abdul Rasheed (kanan) melawat Pameran Seni 'Jiwa Membumi' di Muzium dan Galeri Seni BNM pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Abdul Rasheed (kanan) melawat Pameran Seni 'Jiwa Membumi' di Muzium dan Galeri Seni BNM pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu Pengarah BNM MAG, Noreen Zulkepli, pameran berkenaan memberi mesej kepada pengunjung tentang kepentingan menghargai dan memelihara budaya serta alam sekitar demi generasi akan datang,

"Melalui karya-karya seni ini, kita diajak untuk merenung kekayaan identiti budaya Malaysia dan usaha merakamkan kisah sosial, ekonomi, dan pembangunan negara,” ujarnya

Pameran berkenaan menampilkan karya seniman berbakat seperti Eric Peris, Alan Ng, Arif Awaluddin, Soraya Yusof, Azman Karib, Azul Adnan, Chong Kok Choon, Grace Ho, Grez Chan, Nora Yusuf, Supian Ahmad, dan Hariz Hamdan.

Jelasnya, seiring dengan komitmen BNM terhadap pembangunan mampan dan pemeliharaan warisan budaya, pengunjung juga didedahkan tentang kesedaran pentingnya melindungi alam semula jadi.

Selain itu, pelbagai program interaktif seperti sesi bual bicara, bengkel, dan lawatan berpandu khas disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung mendalami tema yang diketengahkan.

Suasana ruangan yang mempamerkan hasil karya seniman berbakat negara. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Suasana ruangan yang mempamerkan hasil karya seniman berbakat negara. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pengunjung juga boleh mendapatkan cenderamata khas diinspirasikan daripada pameran karya seni yang dijual di Kedai Muzium.

"Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghayati semula jiwa tanah air kita," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web museum.bnm.gov.my atau ikuti BNM MAG di Facebook (@BNM.MAG), Instagram (@bnmmag), dan X (@BNM_MAG).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!