Bank Rakyat lancar My First Credit Card-i untuk generasi muda

Ahmad Shahril (tengah) pada pelancaran My First Credit Card-i di Pusat Pameran Mid Valley pada Sabtu.
Ahmad Shahril (tengah) pada pelancaran My First Credit Card-i di Pusat Pameran Mid Valley pada Sabtu.
A
A
A

BANK Rakyat perkenal produk My First Credit Card-i direka khas untuk pengguna kali pertama khususnya generasi muda yang baharu melangkah ke alam pekerjaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, kad kredit-i patuh syariah itu berbeza dengan perkhidmatan terdapat di pasaran apabila menawarkan pelbagai kemudahan seperti pelan ansuran 0 peratus.

Menurutnya, dengan pembelian serendah RM500, pengguna ditawarkan pilihan ansuran enam, 12 serta 24 bulan.

"Selain itu, Enhance Rakyat Reward Point membolehkan pemegang kad mendapat lima kali mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM10 dalam talian dan satu kali mata ganjaran untuk pembelian di kedai fizikal.

"Perkhidmatan ini direka khas untuk memenuhi keperluan kewangan generasi muda sambil mengekalkan patuh syariah yang menjadi tunjang kepada semua produk Bank Rakyat," katanya pada perasmian My First Credit Card-i di Muslimah Fest 2024 berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley pada Sabtu.

Ahmad Shahril berkata, mereka yang berpendapatan RM24,000 setahun layak memohon kad kredit tersebut beserta syarat kelayakan ditetapkan.

Beliau menyasarkan 2,500 akaun My First Credit Card-i didaftarkan sepanjang Muslimah Fest 2024 berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad.

Tambah beliau, My First Credit Card-i bukan sahaja melengkapkan gaya hidup kewangan generasi muda tetapi juga menyokong agenda kerajaan ke arah masyarakat tanpa tunai menerusi transaksi digital seperti kad kredit-i, kad debit-i, i-MerchantRakyat dan QR DuitNow Bank Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Ella (tengah) pada Muslimah Fest 2024 berlangsung selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley sehingga Ahad
Ella (tengah) pada Muslimah Fest 2024 berlangsung selama tiga hari di Pusat Pameran Mid Valley sehingga Ahad

Sementara itu, beliau berkata, dijangka 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Muslimah Fest 2024 yang julung kali diadakan menghimpunkan lebih 70 jenama.

Menurutnya, antaranya jenama fesyen terkenal seperti Rockqueen by Ella, Alhumaira dan Wardah Beauty.

"Pengunjung berpeluang mendapat diskaun sehingga 70 peratus, hadiah cabutan bertuah bernilai RM60,000 serta pelbagai aktiviit menarik disediakan.

"Inisiatif ini merupakan komitmen Bank Rakyat dalam menyokong usahawan dan perkembangan industri fesyen muslimah tempatan disamping memperkasa penjenamaan kad kredit-i muslimah Bank Rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!