PBB ucap takziah susulan insiden rempuh pasar Krismas di Jerman
NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan rasa terkejut selepas kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh orang ramai di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, tengah Jerman pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Kami terkejut dengan berita serangan yang berlaku hari ini di Magdeburg, Jerman," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman. Kami berharap mereka yang cedera agar lekas sembuh."
Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak maut manakala 60 lagi cedera dalam kejadian itu, menurut pihak berkuasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!