Korea Selatan lancar satelit pengintip ketiga

Korea Selatan melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan dari pusat angkasa AS di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9 - Foto: Agensi
Korea Selatan melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan dari pusat angkasa AS di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9 - Foto: Agensi
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan dari pusat angkasa Amerika Syarikat (AS) di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut kementerian pertahanan, roket Falcon 9 dilaporkan berlepas seperti yang dijadualkan pada jam 8.34 malam Sabtu dari Pangkalan Angkasa Vandenberg.

Ini merupakan satelit ketenteraan ketiga yang dilancarkan di bawah rancangan Korea Selatan untuk memperoleh lima satelit pengintip menjelang 2025 bagi meningkatkan pemantauan terhadap Korea Utara.

Korea Selatan melancarkan satelit pengintip pertamanya pada Disember tahun lepas, diikuti dengan pelancaran kedua pada April. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!