Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada jam 10.30 malam, Khamis lepas
Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada jam 10.30 malam, Khamis lepas
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada 10.30 malam, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi semalam.

"Remaja itu (Xin Yuan) sebelum itu dilaporkan telah pergi berlatih tarian singa. Selepas selesai latihan, dia dikatakan tidak terus balik ke rumah, sebaliknya mengikut rakannya ke satu destinasi yang belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Xin Yuan mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat badan 39 kilogram, berbadan kurus dan menggunakan pendakap gigi selain berambut panjang serta memakai baju tarian singa warna merah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!