Suspek insiden rempuhan pasar Krismas, Magdeburg bertindak sendirian - Polis

Laporan Sinar Harian berhubung insiden rempuhan pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman.
Laporan Sinar Harian berhubung insiden rempuhan pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman.
A
A
A

MAGDEBURG (Jerman) - Suspek dalam insiden rempuhan kereta di bandar Magdeburg, Jerman didapati bertindak sendirian, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis semasa sidang media di Magdeburg pada petang Sabtu berkata berdasarkan perkembangan semasa siasatan, kemungkinan wujudnya suspek kedua boleh diketepikan.

Menurut Ketua Balai Polis Magdeburg, Tom-Oliver Langhans suspek menggunakan laluan kecemasan untuk sampai ke dataran utama.

Keseluruhan insiden itu berlangsung selama kira-kira tiga minit, tambahnya.

Suspek yang merempuh kereta ke arah orang ramai di pasar Krismas di bandar itu pada Jumaat menyebabkan lima maut dan 200 yang lain cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!