Tujuh sampel pesakit bawah siasatan di Kelantan negatif Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan ujian ke atas tujuh pesakit yang disyaki terkena jangkitan koronavirus (Covid-19) menunjukkan keputusan negatif.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ujian ke atas sampel pesakit dalam siasatan (PUI) itu, dijalankan bermula 25 Januari sehingga 10 Februari lalu.

Beliau berkata, lima sampel dihantar untuk ujian di Makmal Kesihatan Awam di Perol dan dua lagi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di sini.

“Setakat ini, kesemua ujian ke atas suspek Covid-19 menunjukkan keputusan negatif dan kita berharap orang ramai tidak menularkan sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenarannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dr Zaini juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan termasuk membasuh tangan dan mengamalkan batuk secara berhemah ketika berada di kawasan awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!