Polis nafi kejadian samun di Tasek Gelugor

Noorzainy Mohd Noor. Gambar kecil: Kenyataan tidak benar yang tular di Facebook sejak semalam.
Noorzainy Mohd Noor. Gambar kecil: Kenyataan tidak benar yang tular di Facebook sejak semalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Polis menafikan dakwaan kejadian samun kerap berlaku di kawasan Ladang Sayur Ara Kuda, Tasek Gelugor seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya mendapati kenyataan bertajuk Kejadian Samun Di Kawasan Ladang Sayur Ara Kuda, Tasek Gelugor di akaun Facebook MyTASEK GELUGOR itu disebarkan sejak semalam.

Menurutnya, selain kejadian samun, kenyataan itu turut menyebut banyak kes kecurian, rompakan, samun dan cubaan pecah masuk kebun berlaku sejak dua bulan lalu.

"Kita mendapati kenyataan tersebut tidak benar sama sekali dan hasil semakan rekod laporan polis dan maklumat yang diperolehi dari Balai Polid Tasek Gelugor, kejadian samun sememangnya berlaku di kawasan tersebut tetapi tidak sekerap seperti yang dikatakan.

"Kes-kes tersebut hanya kes terpencil, namun Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dan Balai Polis Tasek Gelugor mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang serius dan kita akan memastikan kejadian ini tidak akan berulang," katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Noorzainy berkata, beliau tesudah lah mengarahkan Ketua Polis Balai Tasek Gelugor untuk meletakkan isu itu sebagai perkara utama dalam usaha menangani jenayah.

"Saya meminta agar diaturkan penugasan anggota untuk melaksanakan rondaan dengan lebih kerap terutamanya di waktu malam.

"Selain itu, saya juga memohon orang awam untuk tampil tanpa rasa curiga dalam menyalurkan maklumat berkaitan apa sahaja aktiviti jenayah di kawasan persekitaran mereka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis turut mengharapkan masyarakat membantu menangani insiden jenayah dan sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Tasek Gelugor di talian 04-5731200 atau Bilik Gerakan IPDSPU, 04-5759122," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!