Slovenia mohon Israel dikecualikan daripada Eurovision 2025
BAITULMAQDIS (Palestin) - Slovenia secara rasmi memohon agar Israel dikecualikan daripada pertandingan lagu Eurovision 2025, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media Israel.
Slovenia mengemukakan permohonan itu susulan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober2023.
Permohonan rasmi telah diserahkan kepada Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), badan pentadbir Eurovision 2025.
Menurut laporan, jika EBU tidak menerima permohonan berkenaan, Slovenia akan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada pertandingan sebagai tanda protes.
Presiden Slovenia Natasa Pirc Musar pada 19 Disember lalu menyatakan bahawa Israel dan Rusia melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui perang mereka di Gaza dan Ukraine, namun menegaskan bahawa Israel melakukannya dalam skala yang jauh lebih besar. - Bernama-AA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!