Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol remaja
22 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol remaja
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad, atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya di bilik sewa sebuah hotel di Tampoi pada Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Loh Kam Faht, 35, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Siti Noraida Sulaiman setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Johor