Rempuhan pasar Krismas: Suspek hadapi lima tuduhan membunuh

Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan. Foto Agensi
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan. Foto Agensi
A
A
A

MAGDEBURG (Jerman) - Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan, lapor agensi berita dpa.

Suspek, yang dikenali sebagai Taleb A didakwa dengan lima tuduhan membunuh, beberapa tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan sehingga parah.

Dia kini berada dalam tahanan praperbicaraan, menurut kenyataan polis.

Suspek telah dihadapkan ke mahkamah pada malam Sabtu.

Antara mangsa yang terkorban dalam insiden itu ialah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Penyiasat percaya suspek bertindak sendirian kerana tiada petunjuk wujudnya rakan subahat berdasarkan siasatan setakat ini.

Taleb A, seorang doktor berusia 50 tahun dari Arab Saudi, masih belum mendedahkan motif serangan.

Bagaimanapun, pendakwa raya berkata bahawa suspek mungkin tidak berpuas hati dengan layanan terhadap pelarian Saudi di Jerman. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!