Polis berkas empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun

Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar. Gambar hiasan
Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan pada Ahad berkata, keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada jam 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar.

"Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Disember untuk siasatan lanjut," katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!