Calon BN dikunci mulut?
CAMERON HIGHLANDS - Calon BN bagi PRK Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor seolah-olah dihalang memberi sebarang komen kepada pihak media.
Ketika soalan diajukan kepadanya, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan terus menamatkan sidang media di pusat penamaan calon.
Usaha media cuba mendapatkan pandangannya selepas itu juga gagal.
Beliau diasak pelbagai soalan berkisar alasan memilih untuk bertanding dengan tiket BN namun bekas pegawai kanan polis itu hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Namun beliau sempat membuka mulut dan meminta pengundi di Parlimen ini memilihnya.
Beberapa media terus mengerumuninya namun Ramli terus menuju ke arah penyokongnya di luar pagar SMK Sultan Ahmad Shah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!