Warga emas antara empat individu ditahan berjudi

Warga emas antara empat individu yang ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram pada Sabtu. Gambar hiasan
Warga emas antara empat individu yang ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

BAGAN DATUK - Warga emas antara empat individu yang ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, kesemua lelaki berusia 32 hingga 62 tahun itu ditahan dalam serbuan di empat lokasi berasingan.

Menurutnya, dalam operasi antara jam 4.30 hingga 6.30 petang itu, polis turut merampas telefon bimbit serta pencetak mini mudah alih.

“Keempat-empat suspek warga tempatan ini telah ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Jun hingga Disember tahun ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk telah melakukan 39 serbuan melibatkan kes judi.

Katanya, daripada serbuan itu, seramai 51 individu berjaya ditahan membabitkan kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Sepanjang serbuan dilakukan, polis berjaya merampas wang tunai lebih RM9,000 hasil perjudian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!