Dua warga asing cedera ketika cuba selamatkan diri daripada kebakaran

Tiga unit rumah kedai di Jalan Utama, Senai terbakar pada pagi Ahad. Foto BBP Kulai
Tiga unit rumah kedai di Jalan Utama, Senai terbakar pada pagi Ahad. Foto BBP Kulai
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga asing cedera dengan seorang daripadanya patah kaki ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran tiga unit rumah kedai di Jalan Utama, Senai di sini pada Ahad.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi.

Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT), satu Nissan UD, Proton Arena Pasukan Bomba Sukarela (PBS), dua unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dua jentera utiliti dengan 42 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, Kulai, Skudai, Kempas dan Senai dihantar ke lokasi.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di bangunan kedai di Jalan Utama, Senai pada Ahad. Foto BBP Kulai
Anggota bomba memadamkan kebakaran di bangunan kedai di Jalan Utama, Senai pada Ahad. Foto BBP Kulai

“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kebakaran melibatkan bangunan tiga lot kedai dua tingkat berstruktur kekal.

“Terdapat dua mangsa lelaki warga asing. Seorang mengalami kecederaan patah kaki semasa cuba menyelamatkan diri dan seorang lagi tidak dapat dipastikan kecederaannya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Sri Maharaja, Tun Ibrahim, Kulai, bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Keadaan bangunan kedai selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Foto BBP Kulai
Keadaan bangunan kedai selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Foto BBP Kulai

Katanya, kebakaran telah memusnahkan hampir 90 peratus bagi setiap lot kedai terbabit.

"Operasi terkawal pada jam 10.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.15 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!