Laluan Ipoh ke Terowong Menora terhalang, sesak 5 kilometer

Kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan mengakibatkan semua lorong arah utara terhalang dan aliran trafik tidak bergerak.
Kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan mengakibatkan semua lorong arah utara terhalang dan aliran trafik tidak bergerak.
A
A
A

IPOH - Aliran trafik dari Ipoh ke Terowong Menora sesak lebih 5 kilometer susulan kemalangan sebuah lori tangki dan tiga kereta di sini pada Ahad.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, insiden berlaku di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan jam 5.52 petang.

Sebuah lori tangki berada dalam keadaan melintang jalan akibat terbabas mengakibatkan kesesakan lebih 5 kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora pada Ahad.
Sebuah lori tangki berada dalam keadaan melintang jalan akibat terbabas mengakibatkan kesesakan lebih 5 kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora pada Ahad.

Kejadian mengakibatkan semua lorong arah utara terhalang dan aliran trafik tidak bergerak.

PLUS menasihatkan pengguna untuk mematuhi papan tanda trafik di lokasi kejadian dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi berkata, lori tangki terlibat berada dalam keadaan melintang jalan akibat terbabas.

Artikel Berkaitan:

Nahas tidak melibatkan kemalangan jiwa dan pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Nahas tidak melibatkan kemalangan jiwa dan pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, nahas tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan pemandu lori berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semua lorong terpaksa ditutup buat masa ini bagi memberi laluan kerja-kerja pengalihan kenderaan dijalankan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!