Isteri curang seret suami sejauh 200 meter

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan MS bersama salah seorang 'kekasih gelapnya'. Foto Agensi
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan MS bersama salah seorang 'kekasih gelapnya'. Foto Agensi
A
A
A

CIPAYUNG - Seorang wanita tergamak mengheret suaminya menggunakan kereta sejauh 200 meter setelah kantoi curang.

Suspek dikenali sebagai MS, 31, bertindak sedemikian terhadap mangsa, AG, 35, ketika kejadian di Jalan Raya Ceger, Kelurahan Ceger, Kecamatan Cipayung, Jakarta Timur di Indonesia pada awal November lalu.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati MS tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika melakukan perbuatan itu.

"Insiden itu berlaku selepas AG menemui isterinya di sebuah pangsapuri. Mangsa menuntut penjelasan MS, namun tidak dihiraukan isterinya. MS sebaliknya terus masuk ke dalam kereta dan cuba diekori suaminya.

"Dia langsung tidak mempedulikan suaminya dan terus memandu kereta itu dengan laju meskipun kaki AG tersangkut di bahagian tempat duduk hadapan dan tubuhnya terseret di jalan sebelum terjatuh," ujar jurucakap polis lagi.

Akibat insiden itu, AG mengalami cedera parah termasuk patah tulang kaki manakala isterinya didakwa melakukan penzinaan dan penganiayaan yang mana jika disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Rangkaian media juga melaporkan MS dipercayai curang dengan dua lelaki meskipun sudah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan dua anak. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!