Menginap sambil menimba ilmu agama

Pondok Hasanah sentiasa mengalukan kedatangan pengunjung yang ingin singgah beristirehat sambil mendalami ilmu agama. Gambar kecil: Yusri
Pondok Hasanah sentiasa mengalukan kedatangan pengunjung yang ingin singgah beristirehat sambil mendalami ilmu agama. Gambar kecil: Yusri
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pakej penginapan sambil menimba ilmu agama tentunya sesuatu yang berbeza, namun bagi pengunjung inginkan kelainan, tentunya ia menjanjikan tarikannya tersendiri.

Bagi pengunjung yang ingin memanfaatkan waktu bercuti dengan aktiviti berfaedah, Pondok Nurul Hasanah (Warga Emas) Kampung Bukit Belimbing di sini menawarkan pengalaman bermakna itu.

Bukan sekadar menyediakan penginapan selesa tetapi pengunjung berpeluang mendalami pelbagai aspek ilmu agama Islam seperti fiqh, akidah, akhlak dan tafsir al-Quran.

Pengasasnya, Yusri Abd Karim, 59, berkata, kawasan seluas 1.2 hektar itu memberi peluang kepada individu yang ingin menambah pengetahuan agama dan ingin memperbaiki amalan ibadah harian.

Terdapat sebanyak 11 bilik penginapan disediakan kepada pengunjung yang ingin bercuti di Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing.
Terdapat sebanyak 11 bilik penginapan disediakan kepada pengunjung yang ingin bercuti di Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing.

“Kita menyediakan kawasan persekitaran tenang dan kehijauan semula jadi untuk membolehkan pengunjung beristirehat di samping boleh mendekatkan diri dengan Pencipta.

“Pengunjung juga boleh bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah diikuti dengan sesi tazkirah dan motivasi rohani,” katanya yang juga merupakan tenaga pengajar di pondok berkenaan.

Menurut Yusri lagi, pondok itu menyediakan sebanyak 11 bilik dengan dilengkapi katil dan tandas yang boleh memuatkan sehingga tiga orang dalam sesuatu masa di setiap bilik.

Artikel Berkaitan:

Setiap bilik juga, katanya, turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik mandi dan pendingin hawa.

Bilik penginapan dilengkapi pelbagai kemudahan disediakan demi keselesaan pengunjung.
Bilik penginapan dilengkapi pelbagai kemudahan disediakan demi keselesaan pengunjung.

“Hanya serendah RM80, pengunjung boleh menginap di sini selama dua hari satu malam.

“Penginapan sambil belajar agama ini bertujuan untuk memperkukuhkan keimanan dan memperbaiki akhlak dalam kehidupan seharian.

“Kita mahu mengimarahkan budaya ilmu selain ingin mendapatkan keberkatan daripada AlLLAH SWT dan paling penting pengunjung dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Terdapat sebanyak 11 bilik penginapan disediakan kepada pengunjung yang ingin bercuti di Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing.
Terdapat sebanyak 11 bilik penginapan disediakan kepada pengunjung yang ingin bercuti di Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing.

Elemen pembelajaran rohani dan rekreasi itu, ujar beliau, diharap dapat memberi manfaat dan memantapkan semula iman.

Menurut Yusri, semua sesi pembelajaran agama diadakan di Surau Al-Hasanah yang dilengkapi dengan kemudahan kondusif dan selesa.

“Surau ini sentiasa diimarahkan dengan program penyucian jiwa dan kita berharap institusi rumah ibadah memberi manfaat berpanjangan dan berkekalan,” jelasnya lagi.

Sejak pembinaannya kira-kira 12 tahun lalu, pondok itu, tambah Yusri, telah didatangi pelbagai tetamu untuk menimba ilmu.

Selain itu, katanya, pengunjung juga berpeluang bertanya khabar dan berkenalan dengan penghuni rumah pondok sedia ada.

Pelbagai aktiviti keagamaan diimarahkan di Surau Hasanah.
Pelbagai aktiviti keagamaan diimarahkan di Surau Hasanah.

“Penghuni rumah pondok ini terdiri dalam kalangan mereka yang ingin menimba ilmu secara berterusan dengan mengikuti program pengajian yang disediakan setiap hari.

“Uniknya, para pengunjung dapat berpeluang untuk beramah mesra dengan penghuni dan saling bertukar pendapat selain dapat mengeratkan silaturahim.

“Konsep percutian ini unik dan kita harap masyarakat dapat menerimanya sebagai salah satu pakej percutian menarik untuk dikunjungi,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!