Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
MADRID - Siapa sangka aplikasi Google Maps telah membantu penyiasat Sepanyol merungkai misteri pembunuhan yang berlaku setahun lalu.
Pihak berkuasa di wilayah utara Castile dan Leon memulakan siasatan kes itu pada November 2023 setelah menerima aduan tentang kehilangan seorang lelaki.
Ia kemudiannya membawa kepada penahanan seorang wanita yang merupakan pasangan mangsa dan seorang lagi lelaki di wilayah Soria pada 12 November lalu.
Imej Google Street View itu jelas menunjukkan seorang individu sedang memasukkan objek dibalut plastik putih ke dalam but kereta.
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhir menemukan mayat mangsa yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan pada awal bulan lalu.
Difahamkan, ia adalah pertama kali dalam tempoh 15 tahun kenderaan Google merakamkan imej untuk Street View di bandar Tajueco tersebut.
Satu lagi gambar urutan yang agak kabur menunjukkan seorang individu mengangkut bungkusan putih tersebut ke dalam kereta sorong.
Akhbar El Pais melaporkan mangsa merupakan seorang warga Cuba berusia 33 tahun.
Kematiannya terbongkar setelah pelaku menggunakan telefon bimbit mangsa dan menghantar mesej yang mencurigakan kepada ahli keluarganya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!