Kematian pertama Covid-19 di Eropah
PARIS – Seorang pelancong China yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan meninggal dunia di Perancis semalam sekali gus menjadi kematian pertama di Eropah dan keempat di luar Beijing.
Pihak berkuasa memaklumkan pesakit warga China terbabit yang dirawat sejak 25 Januari lalu meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru di Hospital Bichat di utara Paris.
“Sistem kesihatan perlu siap siaga untuk menghadapi penularan wabak ini di seluruh negara,” kata Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn selepas kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 11 kes di Perancis.
Sebelum ini, kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan di Filipina, Jepun dan Hong Kong. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!