Liverpool menang besar tapi Slot tak puas hati

Arne Slot
Arne Slot
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot tidak begitu gembira dengan prestasi pasukannya walaupun berjaya mencatatkan kemenangan 6-3 ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Reds mendominasi perlawanan menentang pasukan kendalian Ange Postecoglou itu dan berjaya mendahului 5-1 pada satu ketika.

Namun, dua gol daripada Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke yang dilepaskan oleh benteng pertahanan Liverpool dalam tempoh 20 minit akhir perlawanan tidak menggembirakan Slot.

"Selama 60 minit kami melakukan semua yang kami perlu lakukan, kami selesa dan bagus dengan bola. Perkara utama ialah kami bekerja dengan sangat keras.

"Tetapi, kemudian pemain yang sama dengan kualiti yang sama mengambil sambil lewa pada baki tempoh perlawanan.

"Tottenham mempunyai kualiti yang cukup untuk menjaringkan gol jika anda memberi mereka peluang. Pemain harus berada pada prestasi terbaik permainan untuk keseluruhan permainan dan kami tidak melakukannya," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mendahului EPL dengan empat mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea selain mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Slot telah memberi amaran kepada pasukannya supaya tidak berpuas hati.

"Ia memberitahu anda kami pasukan yang sangat bagus. Masih ada tiga perlawanan lagi sehingga separuh perjalanan liga tetapi jika pemain meneruskan permainan yang bagus, maka ia menunjukkan kami pasukan yang sukar untuk dikalahkan.

"Sekiranya mudah untuk memenangi liga maka setiap pasukan akan melakukannya. 50-55 minit pertama adalah apa yang anda mahukan, selain daripada gol yang kami bolos. 3-1 di atas dan kemudiannya menjadi 5-1.

"Kami fikir ia sudah mencukupi tetapi Tottenham mempunyai kualiti yang terlalu tinggi dan mereka mampu mencipta dan menjaringkan gol," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!