Kes 22 ahli GISBH dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Kenderaan polis yang membawa Nasiruddin dan isterinya serta Mohammad Adib At-Tamimi bersama 19 yang lain tiba di Mahkamah Selayang jam 8.20 pagi pada Isnin.
Kenderaan polis yang membawa Nasiruddin dan isterinya serta Mohammad Adib At-Tamimi bersama 19 yang lain tiba di Mahkamah Selayang jam 8.20 pagi pada Isnin.
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya, Azura Md Yusof yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada Isnin.

Sebutan semula kes hari ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan yang didakwa atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.

Dalam prosiding berkenaan, hakim kemudian menetapkan kes akan dipindahkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Walau bagaimanapun penguambela tertuduh, Datuk Rosli Kamaruddin membuat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan penahanan penjara secara berasingan anak guamnya Nasiruddin dan Azura yang masing-masing dipenjarakan di Penjara Kajang dan Sungai Buloh.

“Kami akan buat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan mendapat surat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pengasingan itu,” kata Rosli.

Seorang lagi peguam Najib Zakaria berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan perintah larangan bersuara (gag order) di Mahkamah Tinggi kerana kes itu tertakluk kepada perbincangan umum bersifat subjudis yang dikhuatiri akan mengganggu perjalanan kes.

Sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dan Shafiq Hasim.

Artikel Berkaitan:

Seramai 11 tertuduh lelaki lain ialah Mohd Shukri Mohd Noor, 53; Hasnan Abd Hamid, 53; Mokhtar Tajuddin, 60; Shuhaimi Mohamed, 56; Muhammad Afdaluddin Latif, 34; Mohamad Sayuti Omar, 35; Mohd Fazil Md Jasin, 57; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34; Muhammad ZahidAzhar@Nadzri, 51; Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul IslamKhalid, 28.

Lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72; Asmat@ Asmanira Muhammad Ramly, 44; Mahani Kasim, 54; SitiHajar Ismail, 51; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27; Nurul Jannah Idris,28; Nur Jannah Omar, 32 dan Siti Salmiah Ismail, 57.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding ini, semua tertuduh diwakili peguam-peguam, Datuk Rosli Kamaruddin, Muhammad Zaim Rosli, M Hafiz Zainol Abidin, Dorina Abdullah dan Boestamam Ahmad.

Pada 23 Oktober lalu, Nasiruddin dan isterinya serta anak pengasas Al-Arqam berkenaan antara 22 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada 22 individu itu, kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi berdasarkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusantertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahunberjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!