'Musa akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman'
PUTRAJAYA - Tan Sri Musa Hassan akan terus bercakap atas kapasiti sebagai bekas Ketua Polis Negara atas apa jua isu yang berkepentingan nasional.
Peguam Musa, Tetuan Azam Aziz menerusi kenyataan memaklumkan, anak guamnya akan mempertahankan negara daripada sebarang ancaman dalaman dan luaran sejajar dengan kesucian serta ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.
"Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah pada hari ini dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau," katanya firma itu dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh gagal dalam saman fitnah beliau terhadap Musa selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan sivil itu dengan kos RM40,000.
Ia berhubung kenyataan Musa pada forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!