Lotus’s Malaysia rai 90 kanak-kanak warnai suasana Pawsome Christmas Playdate

Azliza (tengah) menyerahkan barangan keperluan kepada penjaga dari Karunai Illam.
Azliza (tengah) menyerahkan barangan keperluan kepada penjaga dari Karunai Illam.
A
A
A

LOTUS'S Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meraikan 90 kanak-kanak dari tiga rumah kebajikan mewarnai suasana Pawsome Christmas Playdate.

Kanak-kanak tersebut terdiri daripada penghuni rumah amal Karunai Illam, Kepong, Sweet Home Care yang terletak di Cheras dan Good Samaritan Home, Klang.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporatnya, Azliza Azmel berkata, acara tersebut bertujuan membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang tidak berpeluang meraikan perayaan tersebut.

Menurutnya, menerusi inisiatif #KitakanJiran bukan hanya meraikan perayaan Hari Natal semata-mata tetapi juga menjanjikan pengalaman yang dipenuhi dengan aktiviti bertemakan Paw Patrol, jamuan istimewa dan tayangan filem Paw Patrol di GSC Kepong.

Kanak-kanak dari Good Samaritan Home dan Karunai Illam telah disambut oleh Santa dan Santarina pada tayangan ekslusif Paw Patrol di GSC Lotus’s Kepong.
Kanak-kanak dari Good Samaritan Home dan Karunai Illam telah disambut oleh Santa dan Santarina pada tayangan ekslusif Paw Patrol di GSC Lotus’s Kepong.

“Kanak-kanak ini berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik seperti menghasilkan topeng Paw Patrol sendiri, bermain di kolam bola gergasi, menikmati kunjungan Santa Claus, dan bertemu dengan maskot Chase serta Marshall daripada Paw Patrol.

“Kami dari pihak Lotus’s berasa amat gembira kerana berpeluang membawa kanak-kanak ini untuk meraikan perayaan Hari Natal bersama kami.

“Perayaan merupakan masa untuk berkongsi kegembiraan dan melalui acara ini, kami dapat menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak yang mungkin tidak berpeluang meraikan Hari Natal secara besar-besaran atau menikmati pengalaman seperti menonton filem di pawagam.

Artikel Berkaitan:

Gambar berkumpulan kanak-kanak rumah kebajikan Good Samaritan Home, Karunai Illam dan Sweet Home Care dengan maskot daripada PAW Patrol, Chase dan Marshall, bersama sukarelawan #KitakanJiran Lotus semasa tayangan filem di GSC Lotus's Kepong.
Gambar berkumpulan kanak-kanak rumah kebajikan Good Samaritan Home, Karunai Illam dan Sweet Home Care dengan maskot daripada PAW Patrol, Chase dan Marshall, bersama sukarelawan #KitakanJiran Lotus semasa tayangan filem di GSC Lotus's Kepong.

“Melalui inisiatif perayaan #KitakanJiran, kami terus memupuk semangat berkongsi dan inklusiviti. Kami juga sangat bersyukur atas sokongan sukarelawan Lotus’s serta rakan niaga runcit yang membantu menjayakan acara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, menurut Ketua Bahagian Pusat Beli-Belah Lotus’s Malaysia, Melissa Wong, selain daripada aktiviti menyeronokkan, kanak-kanak juga turut dihidangkan makan tengah hari yang ditaja oleh Burger King dan menerima beg hadiah istimewa daripada Lotus’s, Paw Patrol, Cosway Malaysia serta All IT Hypermarket.

Tambah beliau, kerjasama tersebut akan menjadikan acara itu pengalaman terbaik kepada kanak-kanak yang hadir.

Kanak-kanak menikmati siri aktiviti dan bengkel bertemakan Paw Patrol.
Kanak-kanak menikmati siri aktiviti dan bengkel bertemakan Paw Patrol.

“Bekerjasama dengan jenama Hak Intelek (IP) seperti Paw Patrol untuk Hari Natal merupakan satu penghormatan besar, dan saya yakin acara ini akan menjadi pengalaman yang sangat istimewa untuk kanak-kanak ini.

“Kami juga menjemput beberapa rakan-rakan niaga untuk bersama-sama meraikan acara ini, membantu menyebarkan keceriaan perayaan, serta memahami lebih mendalam akan impak dalam menyokong komuniti yang memerlukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!