JPS akan segera baik pulih tebing Sungai Kelantan

Chek Yee (kanan) yang bertemu dengan Hafidzah (tiga dari kiri) di tebung Sungai Kelantan di Kota Bharu. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.
Chek Yee (kanan) yang bertemu dengan Hafidzah (tiga dari kiri) di tebung Sungai Kelantan di Kota Bharu. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih segera tebing runtuh di Sungai Kelantan belakang kondominium Pelangi Mall, Jalan Pasar Lama di sini bermula Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pemakluman berhubung perkara itu disahkan oleh Pengarah JPS Kelantan, Dr Siti Fairus Zakaria melalui panggilan telefon.

Hafidzah (tengah) bercakap kepada pemberita pada Isnin. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.
Hafidzah (tengah) bercakap kepada pemberita pada Isnin. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

“Saya dapat bercakap dengan Pengarah JPS Kelantan pagi ini dan beliau mengesahkan pelaksanaan kerja-kerja darurat iaitu baik pulih secepat mungkin akan dilakukan bagi mengelak runtuhan lebih teruk.

“Saya yakin tindakan akan dilakukan oleh JPS dengan mengikut prosedur operasi standard sama ada menggunakan teknik pemasangan jaring atau sebagainya serta akan melibatkan pakar,” katanya selepas menerima petisyen daripada Persatuan Penduduk Pelangi Mall yang memohon tindakan segara kerja-kerja pembaikian di tempat tebing runtuh di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pelangi Mall, Foo Chek Yee, berkata, sedikit lega dengan makluman itu selepas tertunggu-tunggu selama seminggu kejadian tebing runtuh sepanjang kira-kira 70 meter pada 16 Disember lalu.

Chek Yee. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.
Chek Yee. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

Chek Yee memberitahu, seramai 1,600 penghuni di 420 unit kondominium itu bimbang kejadian runtuhan berulang dan lebih teruk kerana berada sangat hampir sekitar lima meter dari kawasan tempat letak kereta bertingkat serta loji kumbahan.

Artikel Berkaitan:

“Selebihnya 448 unit ialah lot kedai dan hotel yang semuanya risau keadaan menjadi lebih buruk jika tindakan membaik pulih tidak dilakukan dengan cepat.

“Ada penduduk yang sudah pun berpindah dan menumpang di rumah keluarga di tempat lain kerana berasa sudah tidak selamat untuk tinggal di kondominium 23 tingkat ini,” katanya.

kawasan tempat letak kereta bertingkat kondominium Pelangi Mall berdekatan runtuhan tebing Sungai Kelantan. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.
kawasan tempat letak kereta bertingkat kondominium Pelangi Mall berdekatan runtuhan tebing Sungai Kelantan. Foto SInar Harian/ADILA SHARINNI WAHID.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Lanskap Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Muhammad Faizuddin Muhammad Fadzil berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pengosongan kepada penjaja di sekitar kawasan kaki lima tebing sungai di belakang kondominium itu.

“Mesyuarat diadakan pada Ahad dan memutuskan untuk memberi notis kepada kira-kira 40 peniaga supaya mengosongkan kawasan di tebing sungai ini.

“Notis akan dikeluarkan kepada mereka dalam tempoh minggu ini,” katanya.

Kejadian lalu itu turut menyebabkan laluan pejalan kaki runtuh pada ketinggian hampir 10 meter.

Kawasan tarikan pelancong itu juga diisytihar sebagai kawasan bencana oleh Kerajaan Kelantan sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!