MySinar jenguk mangsa banjir di Pasir Puteh

Muhammad Nasir (empat dari kanan) bersama mangsa banjir di Kampung Gedombak yang menerima sumbangan.
Muhammad Nasir (empat dari kanan) bersama mangsa banjir di Kampung Gedombak yang menerima sumbangan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kerjasama Pertubuhan Sinar Prihatin (MySinar), Myfunaction Cawangan Negeri Kelantan dan Gusinar Pasir Puteh membantu mangsa banjir di daerah ini dapat memberi semangat selepas trauma menghadapi musibah berkenaan.

Inisiatif tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menghulurkan sumbangan kotak makanan asas dan wang tunai sempena lawatan mereka di bandar Jalan Klinik dan Kampung Bukit Gedombak di sini membuktikan keprihatian mereka mengurangkan beban mangsa terlibat.

Sumbangan disampaikan oleh Penaung MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Setiausaha Agung MySinar, Rosdi Md Hasan.

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, banjir luar jangka di daerah itu mengakibatkan ramai penduduk terkesan dan kehilangan banyak harta benda.

Jelas beliau, MySinar dan dua rakan NGO berkenaan bersimpati dengan nasib mangsa banjir dan mendengar luahan mereka yang mengadu menghadapi kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.

Muhammad Nasir (kanan) bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Grdombak ketika meninjau kawasan berkenaan.
Muhammad Nasir (kanan) bertanya khabar mangsa banjir di Kampung Grdombak ketika meninjau kawasan berkenaan.

"MySinar melakukan usaha berterusan mencari dana bagi mengurangkan beban golongan yang memerlukan terutama mangsa banjir ketika ini," katanya selepas meninjau beberapa kediaman yang ditenggelami banjir di Kampung Bukit Gedombak pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Nasir yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf memberitahu, semua bantuan daripada orang ramai akan dimanfaatkan sepenuhnya supaya dapat menceriakan golongan terbabit.

Justeru beliau menggalakkan orang ramai supaya menghulurkan sumbangan melalui Tabung Pertubuhan Sinar Prihatin di nombor 562218233147 (Maybank).

Mangsa banjir, Aminah Mohd Nor, 57, bersyukur kerana masih ada NGO yang cakna dengan nasib penduduk di Kampung Gedombak.

Aminah
Aminah

"Kami gembira dengan bantuan yang disampaikan ini sekurang-kurangnya dapat memberi semangat selepas penat membersihkan kediaman," katanya.

Jirannya, Norazila Kadir, 48, juga terharu menerima bantuan berkenaan selepas lebih dua minggu ditimpa musibah itu.

Norazila menunjukkan paras air banjir di rumahnya.
Norazila menunjukkan paras air banjir di rumahnya.

"Alhamdulillah, masih ada NGO yang menjengok kawasan ini dan memberi sumbangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!