[VIDEO] Harga kelapa di Pulau Pinang naik mendadak - CAP

A
A
A

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang terhadap kenaikan mendadak harga kelapa di pasaran di negeri ini yang disifatkan membebankan pengguna.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati, harga kelapa meningkat secara mendadak iaitu daripada RM2 kepada RM2.50 sebiji.

Tinjauan CAP di Pasar Taman Tun Sardon mendapati kelapa dijual dengan harga RM3.30 sebiji. Gambar kanan: Mohideen
Tinjauan CAP di Pasar Taman Tun Sardon mendapati kelapa dijual dengan harga RM3.30 sebiji. Gambar kanan: Mohideen

Menurutnya, lebih mengejutkan, kelapa bersaiz besar boleh mencecah RM3.30 sebiji.

"Kenaikan ini turut memberi kesan kepada harga santan, yang kini dijual antara RM14 hingga RM15 sekilogram, berbanding RM12 sebelum ini. Harga kelapa parut juga dilaporkan melonjak daripada RM8 kepada RM11 sekilogram.

"Menurut peniaga, masalah ini bermula apabila bekalan kelapa dari negara lain terhenti. Ramai peniaga runcit dan pasar awam berdepan kesukaran mendapatkan bekalan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kekurangan bekalan nanti," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohideen menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjalankan siasatan segera berhubung kenaikan harga serta masalah bekalan kelapa.

“Kami mahu pihak berwajib menentukan sama ada kenaikan harga ini wajar selain mengambil langkah segera untuk menangani isu bekalan kelapa ini.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna juga berharap agar langkah drastik diambil untuk memastikan harga kelapa kembali stabil dan bekalan mencukupi, terutamanya menjelang musim perayaan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!