Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar

Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.
Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Deretan gerai menjual pakaian terpakai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.

Seramai 40 anggota dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP Sentul dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.
Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.

Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.

"Anggaran kebakaran adalah sebanyak 80 peratus. Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!