Warga emas meninggal dunia seorang diri di rumah

Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South awal pagi ini. Foto hiasan
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South awal pagi ini. Foto hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia seorang diri dalam sebuah rumah di Ipoh Garden South di sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa berusia 68 tahun ditemukan terbaring di atas kerusi malas di dalam bilik air rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

"Rakan mangsa menyedari mangsa terkunci di dalam bilik air dan mengesyaki sesuatu telah berlaku.

"Rakan mangsa telah menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!