Mat Sabu ajak orang ramai ternak ikan secara kecil-kecilan

Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan ternakan ikan gourami di kediamannya.
Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan ternakan ikan gourami di kediamannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengajak orang ramai yang meminati bidang perikanan untuk cuba menternak ikan secara kecil-kecilan di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, aktiviti tersebut bukan sahaja mampu menyediakan sumber makanan segar untuk keluarga malah ia menjimatkan dari segi kos perbelanjaan harian.

Mohamad
Mohamad

“Ikan gourami (ikan kaloi) ini bang Mat ternak di halaman rumah dan kebetulan hari ini (Isnin) tiba masa untuk dituai.

“Hidangan yang disajikan merupakan masakan kampung orang Utara.

“Apa yang lebih istimewa, rasa ikan gourami ini memang sedap!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Mohamad ambil peluang mempelawa Anvar (kiri) ke kediamannya bagi menikmati sajian ikan kaloi yang diternak sendiri.
Mohamad ambil peluang mempelawa Anvar (kiri) ke kediamannya bagi menikmati sajian ikan kaloi yang diternak sendiri.

Beliau berkata demikian susulan selesai pertemuan dengan Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev di Wisma Tani.

Artikel Berkaitan:

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu memaklumkan beliau mengambil peluang untuk mempelawa Anvar Anarbaev ke rumahnya.

“Sajian istimewa yang menanti adalah nasi bersama ikan kaloi,” katanya.

Sajian istimewa yang dihidangkan kepada Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev.
Sajian istimewa yang dihidangkan kepada Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!