'Cukup-cukuplah berpolitik...'

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) ketika hadir pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa di SJKC Kampung Baru Ampang hari ini. - Foto Bernama
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) ketika hadir pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa di SJKC Kampung Baru Ampang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin dan membangunkan negara.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR mahu semua pihak berhenti daripada terus berpolitik sebaliknya menumpukan isu lebih penting demi kebaikan rakyat dan negara.

"Kita kena tumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara, memberi tumpuan khusus kepada (pelaksanaan) ekonomi (yang) lebih rancak demi kemakmuran bersama.

"Hentikan politik yang berpanjangan. Dalam Malaysia terlalu banyak cakap tentang politik. Saban hari cakap tentang politik.

"Ayuh kita beri sokongan yang kuat dan padu kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara kita, memimpin ekonomi agar apabila berlangsung persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Malaysia dapat muncul negara ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Antarabangsa di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perkembangan ekonomi negara terutama industri pelancongan, penerbangan dan logistik akan terkesan jika koronavirus (Covid-19) terus berpanjangan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada muslihat licik, tapi Tun M tetap pegang pada janji'

Bagaimanapun beliau yakin, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan mampu menjamin ekonomi lebih mampan.

“Kalau (Covid-19) tidak ditangani secara bijaksana, ekonomi akan bertambah buruk. Kerajaan sudah merangka pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan suntikan dana tambahan dapat menjamin aliran tunai yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Percayalah usaha ini akan berjaya jika dapat sokongan kuat rakyat dan masyarakat perniagaan, kerajaan di peringkat negeri serta persekutuan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!