Wang simpanan RM70,000 lesap diperdaya scammer menyamar polis

Seorang wanita kerugian RM70,000 apabila wang simpanannya lesap setelah diperdaya scammer yang menyamar anggota polis mendakwanya terlibat dalam penggubahan wang haram. Gambar hiasan
Seorang wanita kerugian RM70,000 apabila wang simpanannya lesap setelah diperdaya scammer yang menyamar anggota polis mendakwanya terlibat dalam penggubahan wang haram. Gambar hiasan
A
A
A

TANGKAK - Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM70,000 lesap setelah diperdaya scammer yang menyamar anggota polis mendakwanya terlibat dalam penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, semuanya bermula selepas mangsa yang berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon pada 18 September lalu daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Menurutnya, panggilan telefon tersebut kemudiannya ‘disambungkan’ ke Balai Polis Ampang dan mangsa dimaklumkan terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

"Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa mendaftarkan nombor telefon yang diberikan suspek ke atas akaun miliknya bagi tujuan siasatan.

“Katanya, mangsa tidak melakukan sebarang transaksi atau pembayaran, namun ketika membuat semakan ke atas akaun miliknya pada Ahad, didapati wang simpanannya sudah berkurang.

“Bagaimanapun, mangsa tidak melakukan sebarang transaksi atau pembayaran namun apabila melakukan semakan akaun miliknya kelmarin, mendapati wang simpanannya sudah berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Roslan berkata, keadaan tersebut membuatkan mangsa mula menyedari dirinya menjadi mangsa scammer menerusi modus operandi panggilan telefon sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta boleh disebat dan didenda.

Artikel Berkaitan:

Polis menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penyamaran dalam talian dan orang ramai diminta agar membuat semakan terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini scam melalui laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil (JSJ) seperti facebook, instagram dan TikTok.

"Sekiranya seseorang telah menjadi mangsa scam, sila hubungi National Scam Response Centre (NSRC) menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun masing-masing," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!