Polis minta bantuan kesan Nur Aleeyah Qistina

Nur Aleeyah Qistina
Nur Aleeyah Qistina
A
A
A

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah unit apartmen Bangi Idaman, Bandar Baru Bangi, di sini sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kehilangan Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham dilaporkan pada jam 2.20 petang Ahad.

"Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 70 kilogram, berbadan gempal dan berambut panjang.

"Pakaian terakhir dilihat yang dipakai oleh remaja itu berbaju kemeja t warna coklat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!