RedONE hulur sumbangan ringankan beban mangsa banjir

Steven (dua dari kanan) bersama Mohd Nazmun (kanan) mengiringi Rosli dsn Wan Razali (kiri) menyampaikan Sumbangan Prihatin redONE Pahang kepada penerima di Masjid Kampung Kempadang pada Selasa.
Steven (dua dari kanan) bersama Mohd Nazmun (kanan) mengiringi Rosli dsn Wan Razali (kiri) menyampaikan Sumbangan Prihatin redONE Pahang kepada penerima di Masjid Kampung Kempadang pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Prihatin dengan nasib menimpa penduduk negeri-negeri Pantai Timur termasuk Pahang yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini, pengendali rangkaian mudah alih, redONE Mobile tampil membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung mangsa terlibat.

Sebanyak 400 kotak barangan keperluan dan 2,000 kad sim percuma telah diagihkan kepada mangsa banjir serta golongan yang terkesan termasuk nelayan.

Ketua Jualan redONE Wilayah Timur, Steven Yong berkata, bantuan melalui Yayasan redONE itu telah diagihkan kepada penerima dalam beberapa siri agihan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mohd Nazmun (kanan) bersama kakitangan reONE dan sebahagian penerima Sumbangan Prihatin redONE Pahang pada program agihan di Balai Raya Kampung Jara, Maran pada Isnin.
Mohd Nazmun (kanan) bersama kakitangan reONE dan sebahagian penerima Sumbangan Prihatin redONE Pahang pada program agihan di Balai Raya Kampung Jara, Maran pada Isnin.

"Daripada jumlah itu, 200 kotak barang keperluan diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan manakala Terengganu dan Pahang masing-masing 100 kotak.

"Terbaharu pada Isnin dan Selasa, kita telah mengadakan program agihan Sumbangan Prihatin redONE Pahang di Kampung Jara, Maran dan Kampung Kempadang di sini melibatkan 100 penerima keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyerahan Sumbangan Prihatin redONE Pahang di Masjid Kampung Kempadang di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Rosli Abdul Jabar dan Pengurus Kanan Saluran redONE Mobile Pahang, Mohd Nazmun Mohd Noor.

Artikel Berkaitan:

Steven berkata, redONE sentiasa prihatin dan dekat dengan masyarakat justeru tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini sentiasa diadakan setiap tahun.

Steven dan Rosli menyaksikan penyerahan Sumbangan Prihatin redONE Pahang kepada penerima disempurnakan Wan di Masjid Kampung Kempadang pada Selasa.
Steven dan Rosli menyaksikan penyerahan Sumbangan Prihatin redONE Pahang kepada penerima disempurnakan Wan di Masjid Kampung Kempadang pada Selasa.

"Ia seiring dengan matlamat penubuhan Yayasan redOne sejak 2020 di mana salah satu tujuannya membantu masyarakat dan rakan niaga terkesan bencana serta musibah.

"Diharap sumbangan ikhlas ini dapat menggembirakan mangsa yang terjejas bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi mereka yang terkesan seperti nelayan, buruh dan sebagainya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!