Nahas 5 kenderaan: Identiti dua mangsa maut dikenal pasti

Anggota polis mengumpulkan mayat mangsa yang maut dalam nahas kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan sebelum Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh menuju Arah Utara. (Foto Bernama). Gambar kecil: Lamrah dan Fauziah
Anggota polis mengumpulkan mayat mangsa yang maut dalam nahas kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan sebelum Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh menuju Arah Utara. (Foto Bernama). Gambar kecil: Lamrah dan Fauziah
A
A
A

MELAKA - Identiti dua lagi mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selaran (PLUS) arah utara di sini telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang mangsa yang merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dikenali sebagai Fauziah Jaafar, 69.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian adalah ibu kepada penumpang wanita, Fadzlenna Ramli, 32, yang juga maut dalam nahas terbabit.

Tambah beliau, seorang lagi mangsa maut yang merupakan penumpang bas pelancong adalah warga Singapura yang bernama Lamrah Asid Ali, 66.

"Setakat ini, kesemua identiti lima penumpang MPV yang meninggal dunia di lokasi telah dikenal pasti.

"Kita juga sedang mengenal pasti identiti seorang lagi penumpang kanak-kanak yang terselamat di dalam MPV terbabit yang dipercayai berusia tujuh tahun dan merupakan anak saudara kepada pasangan suami isteri itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan tujuh maut termasuk lima sekeluarga apabila MPV dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini pada Isnin.

Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2; bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri, Fauziah Jaafar, 69.

Artikel Berkaitan:

Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.

Ashari berkata, dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan empat tahun dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan tujuh tahun dirawat di zon merah hospital yang sama.

Jelas beliau, punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!