[VIDEO] Pengguna lebuh raya kongsi detik cemas nyaris langgar tayar lori

A
A
A

MELAKA - Seorang pengguna lebuh raya berkongsi video rakaman detik cemas nyaris melanggar tayar lori yang menyebabkan kemalangan tujuh maut di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, pada Isnin.

Rakaman kamera papan pemuka kenderaan dimuat naik di aplikasi Tiktok itu memaparkan objek dipercayai tayar berada di antara lorong pertama dan lorong tengah lebuh raya itu menghala ke arah Selatan.

Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka seorang pengguna yang memaparkan tayar lori berada di tengah jalan sebelum kemalangan meragut tujuh nyawa.
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka seorang pengguna yang memaparkan tayar lori berada di tengah jalan sebelum kemalangan meragut tujuh nyawa.

Difahamkan, video berdurasi 31 saat itu dirakam sebelum kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga berlaku.

Video turut menunjukkan keadaan di lokasi ketika itu agak gelap sehinggakan pengguna jalan raya yang melaluinya terpaksa mengelak secara mengejut dan memperlahankan kenderaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, tujuh maut termasuk bayi lelaki dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di lokasi.

Kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu melibatkan sebuah bas pelancong yang membawa 27 penumpang, treler yang membawa guni pakaian bundle serta tiga lagi kenderaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!