Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM3.2 juta

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan daripada Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd yang diwakili Amirul Hakim berjumlah RM1,099,504.99. - Foto: MAIPk
Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan daripada Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd yang diwakili Amirul Hakim berjumlah RM1,099,504.99. - Foto: MAIPk
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat korporat berjumlah lebih RM3.2 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan di sini pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang diwakili presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dengan jumlah RM355,528.73.

Menurut beliau, penyerahan kemudian dilaksanakan oleh Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar Operasi, Mohd Khairiri Mohamed Zubir sebanyak RM215,840.

"Ia diikuti Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Amirul Hakim Abdullah berjumlah RM1,099,504.99 kemudian, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan jumlah RM100,000.

"Turut menunaikan zakat perniagaan ialah UAC Berhad diwakili oleh General Manager Government, Regulatory Affairs & Stakeholder Management, Mohd Najib Mohd Seth sebanyak RM 576,015.33. Manakala Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh pengerusinya, Salleh Hudin Kamarudin berjumlah RM582,424.23," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Syamsul Hazeman berkata, syarikat lain ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Mohd Zamnuri Abidin dengan jumlah RM186,942.05.

"Majlis penyerahan zakat diakhiri oleh Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besarnya, Muhammad Tareq Mamat sebanyak RM124,000.

"Majlis penyerahan turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan dan Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra, Datuk Abdul Rahman Mohamed Hashim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!