Penggantungan KAFA tidak jejaskan KRW

Nik Hafiz (kiri) dan Afandi semasa pelancaran KRW FC di Kota Bharu pada Sabtu.
Nik Hafiz (kiri) dan Afandi semasa pelancaran KRW FC di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan menjejaskan pasukan Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) untuk kembali beraksi dalam kancah bola sepak negara.

Presiden KRW FC, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, usahasama antara KRW FC dan KAFA serta permohonan untuk bertanding dalam Liga A1 kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) telah berlaku sebelum 21 Disember lagi.

"Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) telah mengambil maklum bahawa KAFA telah digantung keahliannya oleh FAM pada 21 Disember.

"Kami berasa amat terkejut dengan berita yang menggemparkan ini.

"Kami ingin menyatakan bahawa berita ini tidak akan memberi kesan terhadap komitmen dan usaha KRW FC untuk kembali ke Liga Malaysia.

"Usahasama antara KRW FC dan KAFA serta permohonan untuk bertanding dalam Liga Al kepada AFL telah berlaku sebelum 21 Disember lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, KRW telah ditubuhkan pada 21 Disember lalu bagi menggantikan The Red Warriors (TRW) FC yang telah terkubur daripada saingan Liga Malaysia.

Namun, masa depan KRW menjadi tanda tanya selepas FAM mengumumkan telah menggantung KAFA daripada badan induk itu.

Artikel Berkaitan:

KAFA digantung kerana FAM mendapati Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sesi 2024-2028 yang diadakan pada 19 Disember lalu didapati tidak sah

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KAFA yang selama ini memberikan komitmen kepada KRW FC.

"Penghargaan terutamanya kepada Datuk Seri Afandi Hamzah iaitu Presiden KAFA serta seluruh kepimpinan KAFA lain yang sebelum ini telah memberikan komitmen penuh menyokong KRW FC," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!