Nabila Razali bergelar ibu, selamat lahirkan bayi lelaki

Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.
Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon terkenal, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan NabilaRazali Enetrtainment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali turut berkongsi rasa syukurnya selepas selamat bersalin.

“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, ALLAH kurniakan amanah ini buat saya dan suami.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu.

Bayi seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan tepat jam 10.01 malam menerusi kaedah pembedahan.

Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan, 39, melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!