'Hidup ini keras dik, kalau selalu sakit hati, nanti cepat mati' - Rafizi

Tangkap layar hantaran Rafizi di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar hantaran Rafizi di Facebook pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menempelak kenyataan seorang pengguna sosial media yang didapati cuba menghasut orang ramai untuk memboikot program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menurutnya, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana membantu orang susah itu merupakan satu kewajipan dalam tuntutan agama.

"Ada yang suruh boikot program IPR supaya bankrap program ini. Boikot saya tak apa, itu tak ada hal sebab memang fahaman politik kita berbeza.

"Jangan boikot miskin tegar dan keluarga berpendapatan rendah yang mendapat manfaat daripada IPR ini.

"Membantu orang susah itu satu kewajipan dalam Islam, kalau kita tidak boleh sedekah terus, kita bantu dengan beli jualan mereka," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Mengulas lanjut, Rafizi memaklumkan, sejak program itu diperkenalkan sudah banyak keluarga yang mendapat manfaat daripadanya.

Pada masa sama, beliau turut memberi nasihat kepada individu terbabit untuk sentiasa bersangka baik.

"Hidup ni keras dik, kalau selalu sakit hati, nanti cepat mati," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini media melaporkan, pada Mac 2023, Mohd Rafizi Ramli melancarkan program IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah IPR Inisiatif Usahawan Makanan (Insan).

Menerusi inisiatif Insan, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.

IPR yang merangkumi tiga model iaitu Insan, Intan dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan), dilancarkan sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan menyasarkan 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar dan golongan B40 yang menyertai IPR, berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!