Kanak-kanak 7 tahun lemas dalam tali air

Khairudin (tiga dari kiri) turut memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa di Hospital Seri Iskandar di sini pada Selasa. (Foto Facebook Khairudin Abu Hanipah)
Khairudin (tiga dari kiri) turut memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa di Hospital Seri Iskandar di sini pada Selasa. (Foto Facebook Khairudin Abu Hanipah)
A
A
A

PARIT - Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam tali air dalam kejadian di Parit 4 di sini pada petang Isnin.

Mangsa dikenali Muhammad Ammar Razif Jamhari, 7, merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah di sini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 5.45 petang daripada orang awam yang menemui mangsa lebih kurang 30 meter dari tebing tali air berkenaan selepas keluar bermain dengan rakan-rakan.

No Image Caption

Menurutnya, penduduk setempat kemudian terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bota untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan daripada penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskandar untuk proses bedah siasat.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pegawai perubatan pada 24 Disember mendapati punca kematian akibat lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Susulan kejadian itu, Hafezul Helmi menasihati ibu bapa supaya tidak membiarkan anak masing-masing dari mandi-manda di kawasan sungai atau tali air tanpa pengawasan ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2025.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah menerusi hantaran di Facebook turut berkongsi kesedihan terhadap kejadian yang berlaku. Beliau yang turut berada di Hospital Seri Iskandar turut meluangkan masa bertemu dengan ahli keluarga mangsa bagi membantu sebarang keperluan dan urusan pengebumian jenazah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!