Menteri luar Turkiye, Jordan bincang isu Syria

Hakan Fidan (kanan) mengadakan perbincangan dengan Ayman Safadi menerusi panggilan telefon pada Isnin, membincangkan perkembangan terkini di Syria. Foto Agensi
Hakan Fidan (kanan) mengadakan perbincangan dengan Ayman Safadi menerusi panggilan telefon pada Isnin, membincangkan perkembangan terkini di Syria. Foto Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Jordan Ayman Safadi menerusi panggilan telefon pada Isnin, membincangkan perkembangan terkini di Syria, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sumber diplomatik Turkiye.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua menteri turut membincangkan hasil pertemuan yang telah berlangsung di Damsyik.

Fidan pada Ahad berkata bahawa lawatannya ke Syria menandakan permulaan era baharu yang penuh harapan untuk rakyat negara itu.

"Keutamaan kami untuk Syria adalah memastikan kestabilan dan keselamatan di negara itu, menghapuskan ancaman keganasan, mencapai perdamaian nasional, memacu pembangunan ekonomi dan mewujudkan keadaan yang membolehkan rakyat Syria yang meninggalkan negara mereka selama bertahun-tahun, kembali ke tanah air mereka," katanya.

Semasa lawatannya pada Ahad, Fidan turut mengadakan sidang akhbar bersama dengan pemimpin pentadbiran baharu Syria, Ahmad al Sharaa. - Bernama-AA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!